Monday, May 21, 2012

Teknik Pengujian Emas

Terdapat beberapa teknik pengujian emas yang dijalankan disemua Ar-Rahnu dan bank yang menawarkan Ar-Rahnu. Antara teknik yang biasa digunakan adalah:

1) Pengujian Densimeter
Teknik ini digunakan dengan memasukkan barangan emas kedalam mesin yang dipanggil densimeter. Mesin ini akan mengira ketumpatan emas dan akan memaparkan kualiti emas tersebut. Kebiasaanya, bacaan yang dikeluarkan adalah tepat dan jitu.

Densimeter: Maksimum barangan emas yang diterima mesin ini adalah 300gm


2) Pengujian Asid
Teknik ini biasanya digunakan jika bacaan yang dikehendaki tidak dipaparkan pada bacaan densimeter. Kebiasaannya, barangan emas akan digesek pada batu asah dan ditentukan bersama kunci emas. Emas yang digesek tadi akan dititikan dengan sejenis cecair (Asid Hidroklorik dan Asid Nitrik). Jika emas tersebut tulen, asid tadi tidak akan melunturkan warna emas. Jika palsu, warna emas tadi akan terus pudar dan hilang.

Asid hidroklorik & nitrik dititiskan pada emas


3) Pengujian Laser
Teknik ini digunakan dengan menggunakan laser dan ditujukan pada barangan emas. Bacaan terus akan terpapar pada laser. Kebiasaanya, bacaan adalah tepat dan jitu.

No comments:

Post a Comment