Wednesday, August 22, 2012

Ramai Terpengaruh Dengan SKIM PELABURAN EMAS

SKIM PELABURAN EMAS jual Gold Bar pada 25% lebih tinggi dari spot price.

Katakan RM 215/gm.

Katakan dia beli 100 gm maka Harga ialah Rm 21,500. Hibbah yang di janjikan ialah 2% sebulan. Nampak memberansangkan 24 % setahun. Sebulan 2 % dapatlah Rm 430.

Setahun RM 5,160.Maka berbondong bondonglah orang pergi bank buat pinjaman peribadi yang faedahnya antara 4-8 % setahun.

Namun mereka lupa banyak syarikat tempatan yang jual Emas Fizikal @ Gold Bar seperti GCP, Sri Ayu, Kelantan Gold, Public Gold, GSR dan lain-lain tak termasuk Pamp Suisse yang dibawa dari luar. Bank pun ada jual seperti UOB.

Sebagai contoh harga semasa Public Gold 100 gm yg setelah ditolak komisen 2 % ialah RM16,850 Jauh tak perbezaan RM 21,500 – 16,850 = RM 4,650 ( Dekat Facebook boleh dapat lagi murah – Rantai Tangan 999 di jual pada RM16,300 – RM16,500 ) Itu belum lagi jikakalau beli barangan kemas yg boleh di manupulasi dalam sistem arrahnu.

Jadi pembeli tak payah dapat hibah pun dah untung serta merta Rm 4,650.

Maka persoalan macamana mereka boleh bayar hibbah 2 % sebulan tanpa ada perniagaan???

Jawapannya, ANDA SENDIRI YANG MEMBAYAR HIBAH ANDA SENDIRI. Ia amat sesuai untuk mereka yang tidak tahu tempat membeli emas yang lebih murah. Pamp Suisse jauh lebih murah dan diakui sedunia. Carilah ilmu. Gunalah Pakcik Google pun boleh dapat tahu harga Gold Bar yang sesuai dengan pasaran semasa. Kalau nak cerita bab hukum hakam halal haram memang dia orang tolak ke tepi, walaupun sudah ada e Fatwa Jakim yang khusus. Jadi saya cerita dari sudut ilmu hisab untung rugi saja.

-- Usrati Sejahtera

Amaran Kepada Pelabur Emas Dari Bank Negara Malaysia ( BNM )

KUALA LUMPUR 31 Julai – Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain. 
Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini. Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen. Bank pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual dengan BNM untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan pelaburan daripada orang ramai. 

BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu tidak mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, pembangunan kewangan atau pembangunan kredit.

Tegasnya, di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat-syarikat tersebut perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum boleh menjalankan aktiviti itu di negara ini. “Surat perakuan tersebut yang dikeluarkan oleh BNM bukan lesen perniagaan atau kelulusan daripada BNM berhubung dengan perniagaan terjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan berkenaan, ataupun perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan,” kata bank itu. “Senarai institusi terjadual yang telah mendapat perakuan daripada Bank Negara itu hanya untuk disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.

“Sekiranya syarikat-syarikat tersebut telah berhenti daripada menjalankan perniagaan terjadualnya, BNM akan menarik balik surat perakuan tersebut,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini. Justeru ia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh BNM untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim kewangan. 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada bahagian ‘Peringatan kepada Semua Penggguna Kewangan’ yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my 

Based on information received by BNM, below is the list of known companies and websites which are not authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM : 

1 1globalcash Unlicensed activities 13/07/2012 
2 1Gold.com.my www.1gold.com.my Gold investment 13/07/2012 
3 Al-Saliha Worlwide Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012 
4 Amsyiq Gold Enterprise Gold investment 13/07/2012 
5 Arowana Ventures Unlicensed activities 13/07/2012 
6 AU Niaga Sdn. Bhd. Gold investment 13/07/2012 
7 AU79 International Gold investment 13/07/2012 
8 Bumi Klasik Warisan Enterprise Unlicensed activities 13/07/2012 
9 Caesar Gold Sdn Bhd Gold investment 13/07/2012 
10 Cakera Ringgit Sdn. Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
11 Dana Haji Jasman Unlicensed activities 13/07/2012 
12 Degold Empire S/B Gold investment 13/07/2012 
13 DNA Profile Sdn. Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
14 East Cape Mining Corp Gold investment 13/07/2012 
15 Extra Capital Programme http://extracapitalprogram.com Forex trading 13/07/2012 
16 Ezey Marketing Unlicensed activities 13/07/2012 
17 FE Brands (M) S/B Unlicensed activities 13/07/2012 
18 Flexsy Enterprise & Barrilorne Corp Gold investment 13/07/2012 
19 FNZ Capital Limited www.intelfx.com Forex trading 13/07/2012 
20 FX Primus Forex trading 13/07/2012 
21 Gain FX Capital S/B www.gainfxcapital.org Forex trading 13/07/2012 
22 Gan Patt Services Unlicensed activities 13/07/2012 
23 Genneva Malaysia Sdn Bhd Gold investment 13/07/2012 
24 GGF Golden House Sdn Bhd Gold investment 13/07/2012 
25 Global Creation Trading Unlicensed activities 13/07/2012 
26 Global Venture Financing http://globalventurefinancing.com Forex trading 13/07/2012 
27 Gorgeous Chain Sdn. Bhd. Forex trading 13/07/2012 
28 Great Access Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012 
29 Hexa Commerce Sdn Bhd Forex trading 13/07/2012 
30 Honest Group Ltd Unlicensed activities 13/07/2012 
31 Iconhill Holding Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
32 IGC Diamond Gold investment 13/07/2012 
33 Instaforex Forex trading 13/07/2012 
34 Isothree Gold Sdn. Bhd. Gold investment 13/07/2012 
35 Jalatama Management Sdn Bhd jalatama.com Gold investment 13/07/2012
36 Jazlaan Enterprise Unlicensed activities 13/07/2012 
37 JM Communications & Technology Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
38 JMI Global Unlicensed activities 13/07/2012 
39 JTGold Gold investment 13/07/2012 
40 Kris Plus Enterprise Unlicensed activities 13/07/2012 
41 Lestari2U www.lestari2u.com Unlicensed activities 13/07/2012 
42 Liberty Reserve www.libertyreserve.com Forex trading 13/07/2012 
43 Life Time Holidays Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012 
44 LocalAdClick http://localadclick.net Unlicensed activities 13/07/2012 
45 Mari Wholesale (M) S/B Unlicensed activities 13/07/2012 
46 Mega Dynasty S/B Gold investment 13/07/2012 
47 Megaherbs Bioextreme Unlicensed activities 13/07/2012 
48 One AutoCash www.clubautocash.com www.1autocash.com Unlicensed activities 13/07/2012 
49 Pageantry Gold Berhad Gold Investment 13/07/2012 
50 Pancar Mayang Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
51 Pars Pay Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012 
52 Prestige Dairy Farm Unlicensed activities 13/07/2012 
53 Program 10 Bulan Forex Trading Forex trading 13/07/2012 
54 Program I-Rich Unlicensed activities 13/07/2012 
55 Projek Duit 2012 Forex trading 13/07/2012 
56 Provisio Multimedia Forex trading 13/07/2012 
57 Real Ingenious S/B www.worldfocus.co Forex trading 13/07/2012 
58 RGCX Trading Corp http://www.goldrgcx.com/richman8 / www.rapidgcx.comForex trading 13/07/2012
59 RMMUDAH.COM Unlicensed activities 13/07/2012 
60 Rowther Technologies MSC Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
61 RS Capital Holdings Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
62 Slimberry Extreme Team zatslimberry.blogspot.com/slimberryxtreme.com 
63 Speedline www.speedline-inc.com Forex trading 13/07/2012 
64 Sri Perkasa Emas Trading Gold investment 13/07/2012 
65 Suliz Pearl Mines Unlicensed activities 13/07/2012 
66 Swiss Capital Venture Gold investment 13/07/2012
67 Syarikat GECS Ltd Forex trading 13/07/2012 
68 Syarikat OLTA Capital Management Inc Forex trading 13/07/2012 
69 Syarikat Sri Alam Unlicensed activities 13/07/2012 
70 Tabung Dana Ehsan Unlicensed activities 13/07/2012 
71 Titan Group Sdn. Bhd Unlicensed activities 13/07/2012 
72 TukarGold.net www.tukargold.net Gold investment 13/07/2012 
73 VC Gold Sdn. Bhd. Gold investment 13/07/2012 
74 Vertical Dragon Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012 
75 Virgin Gold Mining Corporation Gold investment 13/07/2012 
76 Worldwide Far East Berhad Gold investment 13/07/2012 
77 XOC7 Unlicensed activities 13/07/2012 
78 Zeta Capital Management Unlicensed activities 13/07/2012

Monday, June 4, 2012

Mana Yang Anda Pilih Pelaburan Emas atau Perniagaan Emas?

Bila saya sebut pasal pelaburan emas ramai yang dah tau kot…Tapi bila saya sebut pasal perniagaan emas ramai yang tak tau dan jarang kita dapati orang ajar secara percuma…ilmu emas ini kalau anda nak tau sangat bermakna dan susah didapati.
Pelaburan Emas
 
Pelaburan emas adalah terbahagi kepada dua,iaitu pelaburan emas secara online dan pelaburan emas secara fizikal. Pelaburan emas secara online adalah seperti forex, ianya tak semudah yang kita jangkakan sebab kita kena mahir dalam perjalanan graf dan teknik-teknik yang lain.

Pelaburan emas secara fizikal anda selamat dari pada kejatuhan harga sebab emas tersebut ditangan anda sendiri, walau bagaimanapun anda boleh menunggu harga naik,simpan lama-lama pun tak mengapa kerana emas takkan susut nilainya..tapi saya sarankan anda kalau anda ingin memulakan pelaburan emas pilihlah harga yang murah, bandingkan semua harga penjual-penjual emas dan pastikan spread harga jual dan harga beli jangan terlalu jauh,maximum rm5.00 kebawah adalah senang anda mendapat keuntungan.
Perniagaan Emas
 
Kalau sebut pasal perniagaan emas adalah bermacam-macam cara dan bermacam-macam ragam dalam perniagaan emas,keuntungan pun begitu juga tergantung pada ilmu yang kita ada, kepakaran dalam persaingan market adalah faktor kepada kejayaan perniagaan emas,kebanyakan orang rugi dalam perniagaan emas adalah orang yang tamak yang ingin keuntungan besar, contohnya ada sebahagian yang saya jumpa harga dah naik tapi tak nk jual juga sebab dia nak tunggu lagi naik, padahal besoknya harga emas turun. Perniagaan emas adalah lebih untung dari pada pelaburan emas.
Banyak lagi yang kita kena ambil peduli atau kena belajar dalam perniagaan emas, mengenali emas tak rugi sebab kita sendiri pun membeli emas.

-- Usrati Sejahtera

Kenapa Tidak Dapat Menjana Duit dari Emas?

Pasaran emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu, cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market.
Membeli emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market, harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak.  Setiap hari mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan  ada juga pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh 8 Mei ini…wang tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika mereka diapproach agent jual kereta,  membeli kereta bukannya satu pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti.
Untuk menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat, emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama pompuan macam magnet, ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika produk kita jual sejenis je,  kerana sejak gold rush 2001, baik perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual,  emas pelaburan bukan untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat keuntungan  tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun pelanggan kita akan senyum .  untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita boleh senyum menjual.

-- Usrati Sejahtera

Sunday, June 3, 2012

Kerugian Mencapai 80 Juta?

Bagaimana syarikat ‘emas’ ini mengaut keuntungan? beberapa bulan yang lalu, ketika orang ramai rancak memajak emas di bank-bank, ar-rahnu, kedai pajak express, tauke yang tidak bertanggung jawab ini mendapat idea untuk mencampurkan tungsten kedalam emas dan usaha ‘kotor’ mereka berjaya mengeksploitasi kelemahan mesin density meter yang digunakan. Akhirnya sejumlah besar emas kini yang berada di pasaran adalah campuran tungsten dan emas. Bukan sahaja loket, ada beberapa juga barang lain dengan peratusan emas cuma 30% sahaja tetapi mendapat bacaan tinggi di density meter.
Modus operandi mereka adalah mencari penganggur, mereka yang tidak bekerja dan menawarkan upah untuk setiap emas yang dipajak menggunakan nama mereka. Mangsa pada mulanya akan diterangkan tujuan hanyalah sekadar menggunakan nama mereka untuk pajakan, dan emas itu sebagai guarantee untuk syarikat tebus balik, jadi siapa yang kisah kalau setakat guna nama kan, lagi-lagi dapat upah lumayan. Maka beratus dan beribulah pemuda yang membantu tauke memajak emas2 palsu ke seluruh financial institution, maklumat terkini mengatakan nilainya kini hampir 80 juta, bukan sedikit.
Mereka yang bekerjasama dengan tauke ini pun bukan calang-calang orangnya, ada tu berguru dengan mentor jutawan negara, dengan semangat motivasi yang tinggi dan jiwa yang berkobar-kobar itu, mereka mengerahkan seluruh unit marketing untuk bekerja all-out mengaut keuntungan besar ini, mungkin paling besar berbanding syarikat yang lain.
Kami selalu ingat pesanan tok guru emas dulu, jika internet yang baru berusia belasan tahun pun penuh penipuan scam, swisscash dan berbagai lagi, apatah lagi dengan perniagaan emas yang dah wujud ratusan ribuan tahun dalam sejarah manusia. Ini baru satu syarikat, malah ada banyak lagi syarikat diluar sana yang sedang menanti signal untuk cabut. Maka nasihat kami berhati-hati dalam perniagaan emas, malah kami sendiri pun selalu tertipu dengan emas2 palsu ini

-- usrati sejahtera 

Sunday, May 27, 2012

Senarai Emas Yang Diterima Sebagai Barang Gadaian

Berikut merupakan senarai yang diterima sebagai barang gadaian bagi barangan emas:

1) One Asia Gold Dinar



2) Dinar Emas Kelantan





3) Kijang Emas


4) Tomei





5) Poh Kong






6) UOB Mapple Leaf / UOB Nugget








7) Tomei Mapple Leaf/ Tomei Nugget






Rujukan: Ar-Rahnu X'Change

Wednesday, May 23, 2012

Kepentingan Menyimpan Emas

Emas dikatakan mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Namun kebelakangan ini terdapat penyusutan harga semasa emas. Tidak salah untuk menyimpan emas. Malahan masa sekarang adalah yang terbaik untuk membeli emas.

Bagi mereka yang ingin membeli emas, pastikan anda membuat perbandingan harga terlebih dahulu. Perbandingan ini meliputi harga semasa dan harga kedai emas. Pastikan anda tidak ditipu gara-gara jahil tentang emas. Tips membeli emas boleh dirujuk pada entri sebelum ini http://tripple916.blogspot.com/2012/05/tips-membeli-emas.html