Monday, May 21, 2012

Tips Membeli Emas

Ramai orang yang bertanya kepada saya kenapa emas selalunya bila digadai di Ar-Rahnu kualitinya akan turun. (Cth: emas 22K @ 916 akan turun kepada 21K @ 875). Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti emas dan kebanyakan faktor tersebut adalah datangnya daripada emas itu sendiri.

Tips yang boleh dijadikan panduan ketika membeli emas adalah seperti berikut:

1) Bagi emas padu, pastikan ianya tidak mempunyai rekabentuk yang terlalu kompleks. Rekabentuk yang kompleks seperti banyak kerawang akan menyebabkan mesin tidak dapat membaca keseluruhan ketumpatan emas tersebut. Berkemungkinan mesin dapat membaca 80% - 90% ketumpatan emas tersebut. Ini akan menyebabkan gred atau kualiti emas tadi turun (downgrade)

contoh emas padu


2) Bagi emas hollow (dalamnya adalah kosong), pastikan emas tersebut mempunyai rongga atau ruang bagi membolehkan air masuk dan mengalir didalamnya. Ini adalah kerana, jika air tidak dapat masuk, mesin tidak boleh membaca ketumpatan dan bacaan yang dikehendaki tidak dapat diperolehi.

contoh emas hollow


3) Pastikan barangan emas tersebut tidak mempunyai spring atau loceng. Spring atau loceng ini selalunya bahan bukan logam yang disadur. Kewujudannya akan menyebabkan mesin tidak memperolehi bacaan yang tepat dan jitu.


No comments:

Post a Comment