Pasaran
emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari
produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir
setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu
perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan
keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu,
cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik
turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam
keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah
jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood
membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market.
Membeli
emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market,
harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti
perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila
mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak. Setiap hari
mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan ada juga
pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima
duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh 8 Mei ini…wang
tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang
berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka
masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika
mereka diapproach agent jual kereta, membeli kereta bukannya satu
pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti.
Untuk
menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang
berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat,
emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin
dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama pompuan macam magnet,
ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika
produk kita jual sejenis je, kerana sejak gold rush 2001, baik
perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang
penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual, emas pelaburan bukan
untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat
keuntungan tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun
pelanggan kita akan senyum . untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain
melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik
yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif
yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita
boleh senyum menjual.
-- Usrati Sejahtera
-- Usrati Sejahtera
No comments:
Post a Comment