Bagaimana
syarikat ‘emas’ ini mengaut keuntungan? beberapa bulan yang lalu,
ketika orang ramai rancak memajak emas di bank-bank, ar-rahnu, kedai
pajak express, tauke yang tidak bertanggung jawab ini mendapat idea
untuk mencampurkan tungsten kedalam emas dan usaha ‘kotor’ mereka
berjaya mengeksploitasi kelemahan mesin density meter yang digunakan.
Akhirnya sejumlah besar emas kini yang berada di pasaran adalah campuran
tungsten dan emas. Bukan sahaja loket, ada beberapa juga barang lain
dengan peratusan emas cuma 30% sahaja tetapi mendapat bacaan tinggi di
density meter.
Modus
operandi mereka adalah mencari penganggur, mereka yang tidak bekerja
dan menawarkan upah untuk setiap emas yang dipajak menggunakan nama
mereka. Mangsa pada mulanya akan diterangkan tujuan hanyalah sekadar
menggunakan nama mereka untuk pajakan, dan emas itu sebagai guarantee
untuk syarikat tebus balik, jadi siapa yang kisah kalau setakat guna
nama kan, lagi-lagi dapat upah lumayan. Maka beratus dan beribulah
pemuda yang membantu tauke memajak emas2 palsu ke seluruh financial
institution, maklumat terkini mengatakan nilainya kini hampir 80 juta,
bukan sedikit.
Mereka
yang bekerjasama dengan tauke ini pun bukan calang-calang orangnya, ada
tu berguru dengan mentor jutawan negara, dengan semangat motivasi yang
tinggi dan jiwa yang berkobar-kobar itu, mereka mengerahkan seluruh unit
marketing untuk bekerja all-out mengaut keuntungan besar ini, mungkin
paling besar berbanding syarikat yang lain.
Kami
selalu ingat pesanan tok guru emas dulu, jika internet yang baru
berusia belasan tahun pun penuh penipuan scam, swisscash dan berbagai
lagi, apatah lagi dengan perniagaan emas yang dah wujud ratusan ribuan
tahun dalam sejarah manusia. Ini baru satu syarikat, malah ada banyak
lagi syarikat diluar sana yang sedang menanti signal untuk cabut. Maka
nasihat kami berhati-hati dalam perniagaan emas, malah kami sendiri pun
selalu tertipu dengan emas2 palsu ini
-- usrati sejahtera
-- usrati sejahtera
No comments:
Post a Comment